Terdapat jin betina datang menghampiri Nabi dengan memperlahankan langkahnya

TEKS BAHASA ARAB

 كَانَتْ جِنِّيَّةٌ تَأْتِي النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَبْطَأَتْ عَلَيْهِ فَقَالَ: مَا أَبْطَأَ بِكِ؟ قَالَتْ: مَاتَ لَهَا مَيِّتٌ بِالْهِنْدِ، فَذَهَبْتُ فِي تَعْزِيَتِهِ. فَرَأَيْتُ فِي طَرِيقِي إِبْلِيسَ يُصَلِّي عَلَى صَخْرَةٍ فَقُلْتُ لَهُ: مَا حَمَلَكَ عَلَى أَنْ أَضْلَلْتَ بَنِي آدَمَ؟ فَقَالَ: دَعِي هَذَا عَنْكِ قُلْتُ: تُصَلِّي، وَأَنْتَ أَنْتَ؟ قَالَ يَا فَاِرغَةُ، إِنِّي لأَرْجُو مِنْ رَبِّي إِذَا بَرَّ قَسَمَهُ أَنْ يَغْفِرَ لِي، فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَحِكَ مِثْلَ ذَلِكَ الْيَوْمِ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Terdapat jin betina datang menghampiri Nabi dengan memperlahankan langkahnya. Lalu Nabi bertanya, ‘Apa yang membuat kamu berjalan lambat?’ Jin itu menjawab: ‘Seseorang telah mati di India, maka aku mahu pergi mengucapkan takziah. Sedang dalam perjalanan, aku mendapati iblis sedang solat di atas batu maka aku bertanya kepadanya, apa yang mendorongmu untuk menyesatkan Bani Adam?’ Lalu iblis menjawab, ‘Apa urusanmu?’ Lalu aku bertanya lagi, ‘Kamu solat tetapi kamu.. kamu…?’ Iblis menjawab, ‘Wahai jin betina! Sesungguhnya aku mengharapkan kebaikan daripada Tuhanku, jika Tuhanku berbuat baik maka Dia akan mengampuniku. Belum pernah aku melihat Rasulullah ketawa seperti ketawanya pada hari itu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Antara ciri-ciri hadis palsu juga ialah terdapat dalil-dalil (asy-Syawahid) yang sahih yang menunjukkan kepalsuannya…

… Hadis lain:
كَانَتْ جِنِّيَّةٌ تَأْتِي النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَبْطَأَتْ عَلَيْهِ فَقَالَ: مَا أَبْطَأَ بِكِ؟ قَالَتْ: مَاتَ لَهَا مَيِّتٌ بِالْهِنْدِ، فَذَهَبْتُ فِي تَعْزِيَتِهِ. فَرَأَيْتُ فِي طَرِيقِي إِبْلِيسَ يُصَلِّي عَلَى صَخْرَةٍ فَقُلْتُ لَهُ: مَا حَمَلَكَ عَلَى أَنْ أَضْلَلْتَ بَنِي آدَمَ؟ فَقَالَ: دَعِي هَذَا عَنْكِ قُلْتُ: تُصَلِّي، وَأَنْتَ أَنْتَ؟ قَالَ يَا فَاِرغَةُ، إِنِّي لأَرْجُو مِنْ رَبِّي إِذَا بَرَّ قَسَمَهُ أَنْ يَغْفِرَ لِي، فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَحِكَ مِثْلَ ذَلِكَ الْيَوْمِ
“Terdapat jin betina datang menghampiri Nabi dengan memperlahankan langkahnya. Lalu Nabi bertanya, ‘Apa yang membuat kamu berjalan lambat?’ Jin itu menjawab: ‘Seseorang telah mati di India, maka aku mahu pergi mengucapkan takziah. Sedang dalam perjalanan, aku mendapati iblis sedang solat di atas batu maka aku bertanya kepadanya, apa yang mendorongmu untuk menyesatkan Bani Adam?’ Lalu iblis menjawab, ‘Apa urusanmu?’ Lalu aku bertanya lagi, ‘Kamu solat tetapi kamu.. kamu…?’ Iblis menjawab, ‘Wahai jin betina! Sesungguhnya aku mengharapkan kebaikan daripada Tuhanku, jika Tuhanku berbuat baik maka Dia akan mengampuniku. Belum pernah aku melihat Rasulullah ketawa seperti ketawanya pada hari itu.”
Ibnu ‘Adi di dalam kitabnya, al-Kamil berkata: ‘Abdul Mukmin bin Ahmad telah menceritakan kepadaku daripada Minqar bin Hukm daripada Ibnu Lahi’ah daripada bapanya daripada Abi Zuhair dan daripada Jabir yang menyebut hadis ini.
Demi Allah, hanya Allah yang mengetahui siapa yang memasukkan hadis ini ke dalam kitab Ibnu Lahi’ah jika tidak beliau telah menjadi orang yang sangat tahu tentang hadis. Tidak mungkin juga beliau meriwayatkan hadis seperti ini. Terdapat juga daripadanya hadis panjangdaripada Hammah bin al-Him bin Laqis bin Iblis dan sepertinya.
—————————————————–
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:

Direkodkan oleh Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at (1/225). Ibnu Jauzi berpendapat hadis ini tidak sahih. Imam Zahabi menukilkan di dalam kitabnya al-Mizan (4/190). Lihat: Lisanul Mizan (6/102), al-Lali’ al-Masnu’ah (1/173) dan Tanzih asy-Syariah (1/231). Imam asy-Syaukani berpendapat hadis ini maudhu’(palsu) kerana terdapat isnad yang bernama Minqar bin Hukm bin Ibrahim bin Saad bin Malik. Rujuk: al-Fawaid al-Majmu’ah (ms. 497).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon