Terdapat enam majlis apabila seorang Islam itu berada di dalamnya melainkan telah mendapat jaminan Allah azza wa jalla

TEKS BAHASA ARAB

ستة مجالس ما كان المسلم في مجلس منها إلا كان ضامناً على الله عز وجل: في سبيل الله عز وجل، وفي مسجد جماعة، أو عند مريض، أو تبع جنازة، أو في بيته، أو عند إمام مقسط يعزره ويوقره لله عز وجل

TEKS BAHASA MALAYSIA

Terdapat enam majlis yang apabila seorang Islam itu berada di dalamnya dia akan mendapat jaminan Allah azza wa jalla adalah: di jalan Allah azza wa jalla, di dalam masjid secara berjemaah, di sisi orang yang sakit, ketika mengiringi jenazah, di rumahnya atau di sisi imam yang adil untuk memuliakannya dan menghormatinya kerana Allah azza wa jalla

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1735, hadis nombor 8730. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((ستة مجالس ما كان المسلم في مجلس منها إلا كان ضامناً على الله عز وجل: في سبيل الله عز وجل، وفي مسجد جماعة، أو عند مريض، أو تبع جنازة، أو في بيته، أو عند إمام مقسط يعزره ويوقره لله عز وجل.)) [عبد بن حميد، ((الضعيفة)) (3058)]

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Terdapat enam majlis yang apabila seorang Islam itu berada di dalamnya dia akan mendapat jaminan Allah azza wa jalla adalah: di jalan Allah azza wa jalla, di dalam masjid secara berjemaah, di sisi orang yang sakit, ketika mengiringi jenazah, di rumahnya atau di sisi imam yang adil untuk memuliakannya dan menghormatinya kerana Allah azza wa jalla.))
[Riwayat Abd Bin Humaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3058].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs