Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سِتَّةُ مَجَالِسِ مَا كَان المسلم فِي مجلسٍ منها إلا كان ضَامناً على الله عز وجل: في سبيل الله عز وجل، وفي مسجد جماعةً، أو عند مريضٍ، أو تَبع جنازة، أو في بيته، أو عند إمامٍ مقسطٍ يعزره ويوقره لله عز وجل.
Teks Bahasa Melayu
Terdapat enam majlis yang apabila seorang Islam itu berada di dalamnya dia akan mendapat jaminan Allah azza wa jalla adalah: di jalan Allah azza wa jalla, di dalam masjid secara berjemaah, di sisi orang yang sakit, ketika mengiringi jenazah, di rumahnya atau di sisi imam yang adil untuk memuliakannya dan menghormatinya kerana Allah azza wa jalla
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1735, hadis no. 8730. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((ستة مجالس ما كان المسلم في مجلس منها إلا كان ضامناً على الله عز وجل: في سبيل الله عز وجل، وفي مسجد جماعة، أو عند مريض، أو تبع جنازة، أو في بيته، أو عند إمام مقسط يعزره ويوقره لله عز وجل.)) [عبد بن حميد، ((الضعيفة)) (3058)]
(Lemah) Daripada Abdullah bin Amru RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Terdapat enam majlis yang apabila seorang Islam itu berada di dalamnya dia akan mendapat jaminan Allah azza wa jalla adalah: di jalan Allah azza wa jalla, di dalam masjid secara berjemaah, di sisi orang yang sakit, ketika mengiringi jenazah, di rumahnya atau di sisi imam yang adil untuk memuliakannya dan menghormatinya kerana Allah azza wa jalla.)) [Riwayat Abd Bin Humaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3058].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman