Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Terdapat empat perkara seandainya seseorang itu dikurniakan empat perkara tersebut, maka dia telah dikurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat

Teks Bahasa Arab

أربعٌ مَن أُعْطِيَهِنَّ فقد أُعْطِيَ خيرَ الدنيا والآخرةِ: قلبٌ شاكرٌ، ولسانٌ ذاكِرٌ، وبَدَنٌ على البلاءِ صابرٌ، وزوجةٌ لا تَبْغِيهِ خَوْنًا في نفسِها ولا مالِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Terdapat empat perkara seandainya seseorang itu dikurniakan empat perkara tersebut, maka dia telah dikurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat: (Empat perkara itu ialah) Hati yang bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, tubuh yang sabar menghadapi dugaan dan seorang isteri yang tidak memintanya pengkhianatan pada dirinya ataupun harta suaminya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1876, hadis no. 9882. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‏ضعيف) ‏عن ابن عباس -رضي الله عنهما- أن رسول الله ﷺ قال: «أربع من أعطيهن فقد أعطي ‏خير الدنيا والآخرة، قلب شاكر، ولسان ذاكر، ‏وبدن على البلاء صابر، ‏وزوجة لا تبغيه خونا في نفسها ولا ماله». [‏ابن أبي الدنيا في «كتاب الشكر»، «الضعيفة» (1066)].

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RAnhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda: Terdapat empat perkara seandainya seseorang itu dikurniakan empat perkara tersebut, maka dia telah dikurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat: (Empat perkara itu ialah) Hati yang bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, tubuh yang sabar menghadapi dugaan dan seorang isteri yang tidak memintanya pengkhianatan pada dirinya ataupun harta suaminya. [Riwayat Ibn Abu al-Dunya dalam Kitab al-Syukur. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1066].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.