Terdapat dua malaikat di langit; salah satunya menyuruh dengan keras dan satu lagi menyuruh dengan lembut

TEKS BAHASA ARAB

في السماء ملكان أحدهما يأمر بالشدة والآخر يأمر باللين وكل مصيب أحدهما جبريل والآخر ميكائيل، ونبيان أحدهما يأمر باللين والآخر يأمر بالشدة وكل مصيب وذكر إبراهيم ونوحا ولي صاحبان أحدهما يأمر باللين والآخر يأمر بالشدة وكل مصيب وذكر أبا بكر وعمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Terdapat dua malaikat di langit; salah satunya menyuruh dengan keras dan satu lagi menyuruh dengan lembut, semuanya benar. Salah satunya Jibril dan satu lagi Mikail. Ada dua nabi; salah satunya menyuruh dengan lembut dan satu lagi dengan keras, semuanya betul (baginda menyebutkan Ibrahim dan Nuh). Dan bagiku dua sahabat; salah satunya menyuruh dengan lembut dan satu lagi menyuruh dengan keras, semuanya betul (baginda menyebutkan Abu Bakar dan ‘Umar).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1846, hadis nombor 9314. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن أم سلمة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((في السماء ملكان؛ أحدهما يأمر بالشدة، والآخر يأمر باللين، وكل مصيب؛ أحدهما جبريل والآخر میکائیل. ونبيان، أحدهما يأمر باللين، والآخر يأمر بالشدة، وكل مصيب -وذكر إبراهيم ونوحاً-. ولي صاحبان؛ أحدهما يأمر باللين، والآخر يأمر بالشدة، وكل مصیب، -وذكر أبا بكر وعمر-)). [أبو بکر النيسابوري في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (٤٠١٥)]

(Lemah) Daripada Umm Salmah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Terdapat dua malaikat di langit; salah satunya menyuruh dengan keras dan satu lagi menyuruh dengan lembut, semuanya benar. Salah satunya Jibril dan satu lagi Mikail. Ada dua nabi; salah satunya menyuruh dengan lembut dan satu lagi dengan keras, semuanya betul (baginda menyebutkan Ibrahim dan Nuh). Dan bagiku dua sahabat; salah satunya menyuruh dengan lembut dan satu lagi menyuruh dengan keras, semuanya betul (baginda menyebutkan Abu Bakar dan ‘Umar). [Riwayat Abū Bakr al-Nīsābūrī dalam kitab al-Fawā`id. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4015]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs