Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Terdapat dua malaikat di langit

Teks Bahasa Arab

في السماء ملكان؛ أحدهما يأمر بالشدة، والآخر يأمر باللين، وكل مصيب؛ أحدهما جبريل [والآخر] ميكائيل. ونبيان، أحدهما يأمر باللين، والآخر [يأمر] بالشدة، وكل مصيب -وذكر إبراهيم ونوحا-. ولي صاحبان؛ أحدهما يأمر باللين، والآخر يأمر بالشدة، وكل مصيب، -وذكر أبا بكر وعمر-.

Teks Bahasa Melayu

Terdapat dua malaikat di langit. Salah satu daripada mereka memerintah dengan keras, manakala seorang lagi memerintah lembut. Walaupun begitu, kedua mereka berada di atas kebenaran. Yang pertama ialah Jibril manakala yang kedua ialah Mikail. Dan terdapat dua nabi. Salah satu daripada mereka memerintah dengan keras, manakala seorang lagi memerintah lembut. Walaupun begitu, kedua mereka berada di atas kebenaran -lalu Baginda menyebut Ibrahim dan Nuh-. Dan aku mempunyai dua sahabat. Salah satu daripada mereka memerintah dengan keras, manakala seorang lagi memerintah lembut. Walaupun begitu, kedua mereka berada di atas kebenaran -lalu Baginda menyebut Abu Bakr dan ‘Umar-

Sahabat Perawi

  1. Ummu Salamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 478 - 479, hadis no. 2571.

(ضعيف) عن أم سلمة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((في السماء ملكان؛ أحدهما يأمر بالشدة، والآخر يأمر باللين، وكل مصيب؛ أحدهما جبريل [والآخر] ميكائيل. ونبيان، أحدهما يأمر باللين، والآخر [يأمر] بالشدة، وكل مصيب -وذكر إبراهيم ونوحا-. ولي صاحبان؛ أحدهما يأمر باللين، والآخر يأمر بالشدة، وكل مصيب، -وذكر أبا بكر وعمر-)). [أبو بكر النيسابوري في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (4015)]

(Lemah) Daripada Ummu Salamah RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (menisbahkannya kepada Nabi SAW): “Terdapat dua malaikat di langit. Salah satu daripada mereka memerintah dengan keras, manakala seorang lagi memerintah lembut. Walaupun begitu, kedua mereka berada di atas kebenaran. Yang pertama ialah Jibril manakala yang kedua ialah Mikail. Dan terdapat dua nabi. Salah satu daripada mereka memerintah dengan keras, manakala seorang lagi memerintah lembut. Walaupun begitu, kedua mereka berada di atas kebenaran -lalu Baginda menyebut Ibrahim dan Nuh-. Dan aku mempunyai dua sahabat. Salah satu daripada mereka memerintah dengan keras, manakala seorang lagi memerintah lembut. Walaupun begitu, kedua mereka berada di atas kebenaran -lalu Baginda menyebut Abu Bakr dan ‘Umar-.” [Riwayat Abu Bakr al-Naisaburi dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4015]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.