Terdapat dua jenis langkah

TEKS BAHASA ARAB

خطوتان: إحداهما أحب الخطا إلى الله، والأخرى أبغض الخطا إلى الله، فأما الخطوة التي يحبها الله – عز وجل -؛ فرجل نظر إلى خلل في الصف فسده، وأما التي يبغض الله؛ فإذا أراد الرجل أن يقوم مد رجله اليمنى، ووضع يده عليها،وأثبت اليسرى، ثم قام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Terdapat dua jenis langkah, yang mana salah satunya merupakan langkah paling dicintai oleh Allah dan satu lagi merupakan langkah yang paling dibenci oleh Allah. Langkah yang paling dicintai Allah ‘Azza Wa Jalla ialah, seorang lelaki yang melihat ada kecacatan (kerenggangan) pada saf (solat) lalu dia memenuhinya. Manakala langkah yang paling dibenci oleh Allah adalah apabila seorang lelaki itu ingin berdiri, dia memanjangkan kaki kanannya, lalu dia meletakkan tangannya di atas (kaki kanan tersebut), lalu dia menetapkan kaki kiri, kemudian dia bangun.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 219, hadis nombor 1162. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((خطوتان: إحداهما أحب الخطا إلى الله، والأخرى أبغض الخطا إلى الله، فأما الخطوة التي يحبها الله عز وجل؛ فرجل نظر إلى خلل في الصف فسده، وأما التي يبغض الله؛ فإذا أراد الرجل أن يقوم مد رجله اليمنى، ووضع يده عليها،وأثبت اليسرى، ثم قام)). [ك، هق، ((الضعيفة)) (5283)]

(Lemah)
Daripada Mu’az bin Jabal RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Terdapat dua jenis langkah, yang mana salah satunya merupakan langkah paling dicintai oleh Allah dan satu lagi merupakan langkah yang paling dibenci oleh Allah. Langkah yang paling dicintai Allah ‘Azza Wa Jalla ialah, seorang lelaki yang melihat ada kecacatan (kerenggangan) pada saf (solat) lalu dia memenuhinya. Manakala langkah yang paling dibenci oleh Allah adalah apabila seorang lelaki itu ingin berdiri, dia memanjangkan kaki kanannya, lalu dia meletakkan tangannya di atas (kaki kanan tersebut), lalu dia menetapkan kaki kiri, kemudian dia bangun.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak dan al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 5283]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs