Terdapat dua buah kampung: Salah satunya adalah perkampungan orang soleh

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كانت قريتان إحداهما صالحة، والأخرى ظالمة، فخرج رجل من القرية الظالمة، يريد القرية الصالحة، فأتاه الموت حيث شاء الله؛ فاختصم فيه الملك والشيطان. فقال الشيطان: والله! ما عصاني قط، فقال الملك: إنه قد خرج يريد التوبة، فقضى بينهما أن ينظر إلى أيهما أقرب، فوجدوه أقرب إلى القرية الصالحة بشبر؛ فغفر له. قال معمر: وسمعت من يقول: قرب الله إليه القرية الصالحة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Terdapat dua buah kampung: salah satunya ialah perkampungan orang soleh, dan yang kedua ialah perkampungan orang yang zalim. Seorang lelaki keluar dari kampung orang yang zalim itu hendak menuju ke kampung orang yang soleh. Lalu kematian datang kepadanya di mana pun yang Allah kehendaki. Lalu malaikat dan syaitan bertengkar tentang perihal tersebut. Syaitan berkata: Demi Allah! Dia (lelaki itu) tidak pernah menentang aku sama sekali. Malaikat berkata: Dia telah dari kampung tersebut untuk bertaubat. Lalu diputuskan antara mereka berdua untuk melihat ke manakah dia lebih hampir di antara kedua kampung tersebut. Mereka mendapati bahawa lelaki itu lebih hampir sejauh sejengkal dengan kampung orang yang soleh. Maka diampunkan dosanya. Ma’mar berkata: Saya mendengar ada yang berkata: Allah telah mendekatkan lelaki tersebut dengan kampung orang yang soleh.

STATUS

Munkar dengan Lafaz: Pertengkaran Syaitan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2068, hadis nombor 10389. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر: ((اختصام الشيطان)))
عن ابن مسعود – رضي الله عنه -، قال: كانت قريتان إحداهما صالحة، والأخرى ظالمة، فخرج رجل من القرية الظالمة، يريد القرية الصالحة، فأتاه الموت حيث شاء الله؛ فاختصم فيه الملك والشيطان. فقال الشيطان: والله! ما عصاني قط، فقال الملك: إنه قد خرج يريد التوبة، فقضى بينهما أن ينظر إلى أيهما أقرب، فوجدوه أقرب إلى القرية الصالحة بشبر؛ فغفر له. قال معمر: وسمعت من يقول: قرب الله إليه القرية الصالحة.
[عب، طب، ((الضعيفة)) (6690)]

(Munkar Dengan Lafaz: Pertengkaran Syaitan)
Daripada Ibn Mas‘ūd RA, beliau berkata: Terdapat dua buah kampung: Salah satunya ialah perkampungan orang soleh, dan yang kedua ialah perkampungan orang yang zalim. Seorang lelaki keluar dari kampung orang yang zalim itu hendak menuju ke kampung orang yang soleh. Lalu kematian datang kepadanya di mana pun yang Allah kehendaki. Lalu malaikat dan syaitan bertengkar tentang perihal tersebut. Syaitan berkata: Demi Allah! Dia (lelaki itu) tidak pernah menentang aku sama sekali. Malaikat berkata: Dia telah dari kampung tersebut untuk bertaubat. Lalu diputuskan antara mereka berdua untuk melihat ke manakah dia lebih hampir di antara kedua kampung tersebut. Mereka mendapati bahawa lelaki itu lebih hampir sejauh sejengkal dengan kampung orang yang soleh. Maka diampunkan dosanya. Ma’mar berkata: Saya mendengar ada yang berkata: Allah telah mendekatkan lelaki tersebut dengan kampung orang yang soleh.
[Riwayat ‘Abdul Razzāq dalam al-Muṣannaf dan al-Tabarānī dalam al-Mu’jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6690]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.