TEKS BAHASA ARAB
فضوح الدنيا أهون من فضوح الآخرة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Terbongkar keaiban dunia lebih ringan berbanding terbongkar keaiban akhirat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 58, hadis nombor 324. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Turut dikeluarkan oleh sekumpulan yang lain, antaranya al-Qudha’ei dalam Msunad al-Shihab. Para huffaz berkata: Sesungguhnya ia palsu. Sesiapa yang mengetahui sebab wurud hadith tersebut menurut anggapan orang yang merekanya, dia akan tahu kepalsuannya dengan jelas.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.