Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فُضُوحُ الدُّنْيَا أَهْوَنُ مِنْ فُضُوحِ الآخِرَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Terbongkar keaiban dunia lebih ringan berbanding terbongkar keaiban akhirat.
Sahabat Perawi
- Ibn 'Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 58, hadis no. 324. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Turut dikeluarkan oleh sekumpulan yang lain, antaranya al-Qudha’ei dalam Msunad al-Shihab. Para huffaz berkata: Sesungguhnya ia palsu. Sesiapa yang mengetahui sebab wurud hadith tersebut menurut anggapan orang yang merekanya, dia akan tahu kepalsuannya dengan jelas.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman