Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَوِّرُوا بيوتَكم ما استطعتم؛ فإن البيتَ الذي يُقْرَأُ فيه القرآنُ؛ يَتَّسِعُ على أهلِهِ، ويَكْثُرُ خيرُهُ، وتَحْضُرُهُ الملائكةُ، وتَهْجُرُهُ الشياطينُ، وإن البيتَ الذي لا يُقْرَأُ فيه القرآنُ؛ يَضِيقُ على أهلِه، ويَقِلُّ خيرُه، وتَهْجُرُهُ الملائكةُ، وتَحْضُرُهُ الشياطينُ.
Teks Bahasa Melayu
Terangilah rumah kamu sekadar yang kamu mampu, sesungguhnya rumah yang dibaca padanya al-Quran akan melapangkan ahli rumah tersebut, memperbanyakkan kebaikan padanya, dihadiri oleh malaikat dan menghalangi syaitan-syaitan. Adapun rumah yang tidak dibaca padanya al-Quran akan disempitkan bagi ahli rumah tersebut, dikurangkan kebaikannya, menjauhkannya daripada malaikat serta dihadiri syaitan-syaitan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1497, hadis no. 7636. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس وأبي هريرة قالا: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: نوروا بيوتكم ما استطعتم؛ فإن البيت الذي يقرأ فيه القرآن؛ يتسع على أهله، ويكثر خيره، وتحضره الملائكة، وتهجره الشياطين، وإن البيت الذي لا يقرأ فيه القرآن؛ يضيق على أهله، ويقل خيره، وتهجره الملائكة، وتحضره الشياطين. [فر، ((الضعيفة)) (4695]
(Lemah) Daripada Anas dan Abi Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW berkata: Terangilah rumah kamu sekadar yang kamu mampu, sesungguhnya rumah yang dibaca padanya al-Quran akan melapangkan ahli rumah tersebut, memperbanyakkan kebaikan padanya, dihadiri oleh malaikat dan menghalangi syaitan-syaitan. Adapun rumah yang tidak dibaca padanya al-Quran akan disempitkan bagi ahli rumah tersebut, dikurangkan kebaikannya, menjauhkannya daripada malaikat serta dihadiri syaitan-syaitan. [al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4695]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman