Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tentera Allah yang paling ramai di bumi ini ialah belalang

Teks Bahasa Arab

أكثرُ جنودِ اللهِ في الأرضِ الجرادُ، لا آكُلُه، ولا أُحَرِّمُهُ.

Teks Bahasa Melayu

Tentera Allah yang paling ramai di bumi ini ialah belalang. Aku tidak memakannya dan tidak pula aku mengharamkannya (untuk dimakan).

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 392, hadis no. 2094. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي عثمان النهدي أن رسول الله ﷺ قال: «أكثر جنود الله في الأرض الجراد، لا آكله، ولا أحرمه». [أبو مسلم الكجي في «جزء الأنصار»، هق، «الضعيفة» (1533)].

(Lemah) Daripada Abu Uthman al-Nahdi, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Tentera Allah yang paling ramai di bumi ini ialah belalang. Aku tidak memakannya dan tidak pula aku mengharamkannya (untuk dimakan)". [Riwayat Abu Muslim al-Kajji dalam Juz’ al-Ansar dan al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.1533].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.