Batil

30/06/2024

minit bacaan



Tentang permusafiran: Sempurnakanlah solat kamu

Teks Bahasa Arab

كان يصلي في السفَرِ ركعتينِ، قالت عائشةُ: كان في حربٍ، وكان يخافُ، هل تخافونَ أنتم.

Teks Bahasa Melayu

Tentang permusafiran: Sempurnakanlah solat kamu (iaitu janganlah kamu mengqasarkan solat semasa dalam permusafiran). Lalu orang ramai berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW dahulu mendirikan solat dua rakaat (qasar) semasa bermusafir. Kemudian A’isyah berkata: Itu ketika baginda berada dalam peperangan, dan baginda berasa takut pada waktu itu. Adakah sekarang ini kamu berasa takut?

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 293, hadis no. 1542. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)) عن عائشة -رضي الله عنها- أنها قالت في السفر: أتموا صلاتكم، فقالوا: إن رسول اللہ ﷺ كان يصلي في السفر ركعتين، قالت عائشة: كان في حرب، وكان يخاف، هل تخافون أنتم؟!». [ابن جرير، « الضعيفة» (4141)]

(Batil) Daripada ‘Aisyah RA bahawa beliau berkata tentang permusafiran: Sempurnakanlah solat kamu (iaitu janganlah kamu mengqasarkan solat semasa dalam permusafiran). Lalu orang ramai berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW dahulu mendirikan solat dua rakaat (qasar) semasa bermusafir. Kemudian A’isyah berkata: Itu ketika baginda berada dalam peperangan, dan baginda berasa takut pada waktu itu. Adakah sekarang ini kamu berasa takut? [Riwayat Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4141]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.