Tenanglah wahai bapa saudaraku, sesungguhnya kamu adalah penutup bagi para Muhajirin

TEKS BAHASA ARAB

اطمئن يا عم فإنك خاتم المهاجرين في الهجرة كما أني خاتم النبيين في النبوة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tenanglah wahai bapa saudaraku, sesungguhnya kamu adalah penutup bagi para Muhajirin (orang yang berhijrah) dalam penghijrahan, sebagaimana aku adalah penutup bagi para nabi dalam kenabian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1102, hadis nombor 5585. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سهل بن سعيد قال: لما قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم من بدر ومعه عمه العباس قال له: يا رسول الله لو أذنت لي فخرجت إلى مكة فهاجرت منها أو قال: فأهاجر منها فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اطْمَئِنَّ يَا عَمِّ فَإِنَّكَ خَاتَمُ الْمُهَاجِرِينَ فِي الْهِجْرَةِ، كَمَا أَنِّي خَاتَمُ النَّبِيِّينَ فِي النُّبُوَّةِ.[عبدالله بن أحمد في زوائد فضائل الصحابة، ابن حبان في المجروحين، طب، عد، ابن عساكر، الضعيفة (7030)].

(Lemah) Daripada Sahl bin Sa‘ad RA, beliau berkata: Apabila Rasulullah SAW pulang dari medan Badar bersama bapa saudaranya, al-Abbas, beliau berkata kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, adakah kamu mengizinkan aku keluar ke Mekah dan kemudian aku berhijrah darinya. Maka, Rasulullah SAW bersabda: Bertenanglah wahai bapa saudaraku, sesungguhnya engkau adalah penutup para Muhajirin dalam berhijrah, sepertimana diriku ialah penutup sekalian para Nabi dalam bab kenabian. [Riwayat ‘Abdullah bin Ahmad dalam Zawa’id Fada’il al-Sahabah, riwayat Ibn Hibban dalam al-Majruhin, riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 7030]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs