Tempoh minimum haid adalah 3 hari, maksimum adalah 10 hari

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أقل الحيض ثلاثة أيام، وأكثره عشرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tempoh minimum haid adalah tiga hari, maksimum adalah sepuluh hari.

STATUS

Hasan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 42, hadis nombor 57. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قالوا: باطل. وفيه نظر: إذ فيه طرق متعددة، رواه الدارقطني وابن عدي في الكامل والعقيلي. ونصوا: أَن تعدد الطّرق، وَلَو ضعفت، ترقي الحَدِيث إِلَى الْحسن، فَالْحكم عَلَيْهِ بِالْوَضْعِ لَا يستحسن.

Mereka berkata: “Batil”, namun pandangan ini dikritik kerana hadith ini mempunyai jalan periwayatan yang pelbagai. Hadith tersebut diriwayatkan oleh al-Daraqutni, Ibn ‘Adi di dalam al-Kamil dan juga al-‘Uqaili. Dan mereka menyatakan bahawa banyaknya jalur periwayatan walaupun ia daif, menaikkan taraf hadis kepada hasan. Maka penilaian palsu terhadapnya tidaklah dipandang baik.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

LIHAT JUGA

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs