Hasan

30/06/2024

minit bacaan



Tempoh minimum haid adalah 3 hari, maksimum adalah 10 hari

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: أقل الْحيض ثَلَاثَة أَيَّام، وَأَكْثَره عشرَة.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Tempoh minimum haid adalah tiga hari, maksimum adalah sepuluh hari.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Hasan

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 42, hadis no. 57. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قالوا: باطل. وفيه نظر: إذ فيه طرق متعددة، رواه الدارقطني وابن عدي في الكامل والعقيلي. ونصوا: أَن تعدد الطّرق، وَلَو ضعفت، ترقي الحَدِيث إِلَى الْحسن، فَالْحكم عَلَيْهِ بِالْوَضْعِ لَا يستحسن.

Mereka berkata: "Batil", namun pandangan ini dikritik kerana hadis ini mempunyai jalan periwayatan yang pelbagai. hadis tersebut diriwayatkan oleh al-Daraqutni, Ibn ‘Adi di dalam al-Kamil dan juga al-‘Uqaili. Dan mereka menyatakan bahawa banyaknya jalur periwayatan walaupun ia daif, menaikkan taraf hadis kepada hasan. Maka penilaian palsu terhadapnya tidaklah dipandang baik.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.