Tiada asal
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَنَّ زَمَانَ الرُّؤْيَا أَيَّامَ الْوَحْيِ كَانَ سِتَّةَ أَشْهُرٍ.
Teks Bahasa Melayu
Tempoh mimpi di hari-hari turunnya wahyu ialah selama enam bulan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Tiada asal
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 264, hadis no. 470. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Manakala apa yang masyhur dalam kalangan para ulama bahawa: “Tempoh mimpi di hari-hari turunnya wahyu ialah selama enam bulan". Al-Turbashti telah menjelaskan bahawa tiada baginya asal dan al-Nawawi telah bersetuju dengannya dalam Sharah Muslim, Allah Maha Mengetahui.
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman