Tiada asalnya

30/06/2024

minit bacaan



Tempoh bermimpi baginda SAW pada waktu turunnya wahyu adalah enam bulan

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: زمَان الرُّؤْيَا فِي أَيَّام الْوَحْي كَانَ سِتَّة أشهر.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Tempoh bermimpi (baginda SAW) pada waktu turunnya wahyu adalah enam bulan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Tiada asalnya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 93, hadis no. 238. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قد اشتهر بين العلماء، وصرح التوربشتي بأنه ليس له أصل، ووافقه النووي في شرح مسلم.

Ia telah masyhur dalam kalangan ulama. al-Turabusyti jelas menyatakan bahawa ia tiada asalnya dan dipersetujui oleh al-Nawawi dalam Syarh Muslim.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.