Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
دُثِرَ مَكَانُ الْبَيْتِ، فَلَمْ يَحُجَّ هُودٌ وَلَا صَالِحٌ؛ حَتَّى بَوَّأَهُ اللهُ لِإِبْرَاهِيمَ.
Teks Bahasa Melayu
Tempatnya Baitullah (Kaabah) telah lenyap, justeru Nabi Hud dan Nabi Salih tidak pernah mengerjakan haji. Sehinggalah Allah menempatkannya buat Nabi Ibrahim.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 305, hadis no. 1613. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدًا) عن عروة عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: ((دثر مكان البيت، فلم يحج هود ولا صالح؛ حتى بوأه الله لإبراهيم)). قال عروة: قلت لعائشة: عن رسول الله - ﷺ -؟ قالت: عن رسول الله. [أبو إسحاق الحربي في ((المناسك))، ((الضعيفة)) (5446)].
(Terlalu Daif) Daripada ‘Urwah daripada ‘Aishah RA, dia berkata: “Tempatnya Baitullah (Kaabah) telah lenyap, justeru Nabi Hud dan Nabi Salih tidak pernah mengerjakan haji. Sehinggalah Allah menempatkannya buat Nabi Ibrahim.” Kata ‘Urwah: Aku berkata kepada ‘Aishah: “(Kamu dengar ini) daripada Rasulullah ﷺ?” Kata ‘Aishah: “(Ya) daripada Rasulullah.” [Riwayat Abu Ishaq al-Harbi dalam al-Manasik. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5446].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman