Tempatkanlah mereka di belakang

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أخروهن من حيث أخرهن الله. يعني النساء

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: "Tempatkanlah mereka di belakang sepertimana Allah menjadikan kedudukan mereka di belakang,” iaitu kaum wanita.

STATUS

Tidak thabit daripada Nabi SAW

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 28, hadis nombor 2. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن الهمام: لا يثبت رفعه.

Ibn al-Humam berkata : Tidak sabit berasal daripada Nabi SAW.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs