Tempat yang terpuji itu ialah pada hari yang Allah turun pada Kursi-Nya, ia mengeluarkan bunyi seperti pelana yang baru disebabkan sempitnya ia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

المقام المحمود يوم ينزل الله تعالى على كرسيه، يئط كما يئط الرحل الجديد من تضايقه به، وهو كسعة ما بين السماء والأرض، فيجاء بكم حفاة عراة غرلا، فيكون أول من يكسى إبراهيم، يقول الله تعالى: اكسوا خليلي، فيؤتى بريطتين بيضاوين من رياط الجنة، ثم أكسى على أثره، ثم أقوم عن يمين الله مقاما يغبطني الأولون والآخرون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tempat yang terpuji itu ialah pada hari yang Allah turun pada Kursi-Nya, ia mengeluarkan bunyi seperti pelana yang baru disebabkan sempitnya ia. Ia (Kursi) itu adalah seperti luas antara langit dan bumi. Manakala kalian akan didatangkan dalam keadaan berkaki ayam, telanjang dan tidak berkhatan. Maka orang pertama yang diberikan pakaian ialah Nabi Ibrahim. Allah Taala berfirman: "Berikanlah pakaian untuk kekasih-Ku". Lalu baginda diberikan dua helai kain halus yang berwarna putih daripada pakaian syurga. Kemudian aku diberikan pakaian setelahnya. Lalu aku berdiri di sisi kanan Allah di sebuah tempat yang dicemburui oleh orang-orang yang terdahulu dan yang terkemudian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 466, hadis nombor 2502. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن مسعود – رضي الله عنه – عن النبي ﷺ قال: قيل له: ما المقام المحمود، قال: «ذاك يوم ينزل الله تعالى على كرسيه، يئط كما يئط الرحل الجديد من تضايقه به، وهو كسعة ما بين السماء والأرض، فيجاء بكم حفاة عراة غرلا، فيكون أول من يكسى إبراهيم، يقول الله تعالى: اكسوا خليلي، فيؤتى بريطتين بيضاوين من رياط الجنة، ثم أكسى على أثره، ثم أقوم عن يمين الله مقاما يغبطني الأولون والآخرون». [الدارمي، «الضعيفة» (2640)].

(Lemah) Daripada Ibn Mas‘ūd RA, daripada Nabi ﷺ, beliau berkata: Baginda ditanya: “Apakah itu tempat terpuji?” Baginda menjawab: “Itu ialah pada hari yang Allah turun pada Kursi-Nya, ia mengeluarkan bunyi seperti pelana yang baru disebabkan sempitnya ia. Ia (Kursi) itu adalah seperti luas antara langit dan bumi. Manakala kalian akan didatangkan dalam keadaan berkaki ayam, telanjang dan tidak berkhatan. Maka orang pertama yang diberikan pakaian ialah Nabi Ibrahim. Allah Taala berfirman: "Berikanlah pakaian untuk kekasih-Ku". Lalu baginda diberikan dua helai kain halus yang berwarna putih daripada pakaian syurga. Kemudian aku diberikan pakaian setelahnya. Lalu aku berdiri di sisi kanan Allah di sebuah tempat yang dicemburui oleh orang-orang yang terdahulu dan yang terkemudian”. [Riwayat al-Dārimī dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2640].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.