Tempat yang terpuji adalah hari dimana Allah SWT turun daripada Kursi-Nya

TEKS BAHASA ARAB

ذاك يوم ينزل الله – تعالى – على كرسيه، يئط كما يئط الرحل الجديد من تضايقه به، وهو كسعة ما بين السماء والأرض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

(Tempat yang terpuji) adalah hari dimana Allah SWT turun daripada Kursi-Nya. Dia menginjak-injak seperti pengembara yang baru berjalan kerana kesusahannya, dan jaraknya seluas langit dan bumi.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 544, hadis nombor 2850. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن عبدالله بن مسعود – رضي الله عنه – عن النبي- صلى الله عليه وسلم – قال: قيل له: ما المقام المحمود؟ قال: ((ذاك يوم ينزل الله – تعالى – على كرسيه، يئط كما يئط الرحل الجديد من تضايقه به، وهو كسعة ما بين السماء والأرض)). [الدارمي، ك، فر،((الضعيفة))(6333)]

(Munkar)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata, bahawa Nabi SAW pernah ditanya: “Apakah tempat yang terpuji?.” Baginda menjawab: “Ia adalah hari dimana Allah SWT turun daripada Kursi-Nya. Dia menginjak-injak seperti pengembara yang baru berjalan kerana kesusahannya, dan jaraknya seluas langit dan bumi.”
[Riwayat al-Darimi, al-Hakim dalam Mustadrak dan al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6333]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs