Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Tempat yang terpuji adalah hari dimana Allah SWT turun daripada Kursi-Nya

Teks Bahasa Arab

ذَاكَ يَوْمٌ يَنْزِلُ اللَّهُ - تَعَالَى - عَلَى كُرْسِيِّهِ، يَئِطُّ كَمَا يَئِطُّ الرَّحْلُ الْجَدِيدُ مِنْ تَضَايُقِهِ بِهِ، وَهُوَ كَسَعَةِ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ.

Teks Bahasa Melayu

(Tempat yang terpuji) adalah hari dimana Allah SWT turun daripada Kursi-Nya. Dia menginjak-injak seperti pengembara yang baru berjalan kerana kesusahannya, dan jaraknya seluas langit dan bumi.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 544, hadis no. 2850.

(منکر) عن عبدالله بن مسعود - رضي الله عنه – عن النبي- صلى الله عليه وسلم - قال: قيل له: ما المقام المحمود؟ قال: ((ذاك يوم ينزل الله - تعالى - على كرسيه، يئط كما يئط الرحل الجديد من تضايقه به، وهو كسعة ما بين السماء والأرض)). [الدارمي، ك، فر،((الضعيفة))(6333)]

(Munkar) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata, bahawa Nabi SAW pernah ditanya: “Apakah tempat yang terpuji?.” Baginda menjawab: “Ia adalah hari dimana Allah SWT turun daripada Kursi-Nya. Dia menginjak-injak seperti pengembara yang baru berjalan kerana kesusahannya, dan jaraknya seluas langit dan bumi.” [Riwayat al-Darimi, al-Hakim dalam Mustadrak dan al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6333]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.