TEKS BAHASA ARAB
في قول الله عز وجل: {عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا}. قال: يجلسه فيما بينه وبين جبريل، ويشفع لأمته، فذلك المقام المحمود.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Berkenaan firman Allah Ta’ala: {Semoga Allah membangkitkan kamu di tempat yang terpuji}. Dia telah berkata: Allah mendudukkan baginda di tempat antara Dia dan Jibril, sambil baginda memberikan syafaat kepada umat baginda, itulah tempat yang terpuji.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1361, hadis nombor 6938. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: في قول الله عز وجل: {عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا}. قال: يجلسه فيما بينه وبين جبريل، ويشفع لأمته، فذلك المقام المحمود.
[طب، ((الضعيفة)) (5008)]
(Batil)
Daripada Ibn ‘Abbas RA telah berkata: Berkenaan firman Allah Ta’ala: {Semoga Allah membangkitkan kamu di tempat yang terpuji}. Dia telah berkata: Allah mendudukkan baginda di tempat antara Dia dan Jibril, sambil baginda memberikan syafaat kepada umat baginda, itulah tempat yang terpuji.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5008]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.