Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
في قول اللهِ عز وجل: {عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا}. قال: يُجْلِسُهُ فيما بينهُ وبينَ جبريلَ، ويشفعُ لأمتهِ، فذلكَ المقامُ المحمودُ.
Teks Bahasa Melayu
Berkenaan firman Allah Ta'ala: {Semoga Allah membangkitkan kamu di tempat yang terpuji}. Dia telah berkata: Allah mendudukkan baginda di tempat antara Dia dan Jibril, sambil baginda memberikan syafaat kepada umat baginda, itulah tempat yang terpuji.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1361, hadis no. 6938. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: في قول الله عز وجل: {عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا}. قال: يجلسه فيما بينه وبين جبريل، ويشفع لأمته، فذلك المقام المحمود. [طب، ((الضعيفة)) (5008)]
(Batil) Daripada Ibn 'Abbas RA telah berkata: Berkenaan firman Allah Ta'ala: {Semoga Allah membangkitkan kamu di tempat yang terpuji}. Dia telah berkata: Allah mendudukkan baginda di tempat antara Dia dan Jibril, sambil baginda memberikan syafaat kepada umat baginda, itulah tempat yang terpuji. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5008]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman