Tidak Ditemui
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: دَار الظَّالِم خراب، وَلَو بعد حِين.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Tempat tinggal orang zalim akan musnah walau selepas sekian lama.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Tidak Ditemui
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 79, hadis no. 192. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال السخاوي لم أقف عليه، ويشهد لصحة معناه {فتلك بيوتهم خاوية بما ظلموا} [النمل: 52].
Al-Sakhawi berkata: Aku tidak menjumpainya. Namun, maknanya yang benar disokong oleh ayat: Itulah rumah-rumah mereka yang hancur kerana mereka berlaku zalim [Surah al-Naml, ayat 52].
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman