Tempat tidur Nabi Muhamad SAW

TEKS BAHASA ARAB

ردوه لحالته الأولى؛ فإنه منعتني وطأته صلاتي الليلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kembalikanlah ia pada asalnya kerana ia telah menghalangku daripada menunaikan solat malamku malam tadi.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1625, hadis nombor 8215. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن جعفر بن محمد، عن أبيه قال: سئلت عائشة – رضي الله عنها-: ما كان فراش رسول الله – صلى الله عليه وسلم – في بيتك؟ قالتْ: من أدم حشوه من ليف، وسئلت حفصة – رضي الله عنها -: ما كان فراش رسول الله – صلى الله عليه وسلم – في بيتك؟ قالت: مسحاً ثنيته ثنيتين فينام عليه، فلما كان ذات ليلة قلتُ: لو ثنيته أربع ثنيات لكان أوطأ له، فثنيناه له بأربع ثنيات، فلما أصبح، قال- صلى الله عليه وسلم-: "ما فرشتموا لي الليلة؟ " قالتْ: قلنا: هو فراشك إلا أنا ثنيناه بأربع ثنيات؛ قلنا: هو أوطأ لك، قال- صلى الله عليه وسلم -: ((ردوه لحالته الأولى؛ فإنه منعتني وطأته صلاتي الليلة)). [ت في ((الشمائل))، ((الضعيفة)) (4223)].

(Sangat Lemah)
Daripada Jaafar Bin Muhammad, daripada bapanya, dia berkata: Aisyah RA pernah ditanya: Bagaimanakah tempat tidur Rasulullah SAW? Beliau menjawab: Daripada kulit yang berisi rumput kering. Ketika Hafsah RA ditanya: Bagaimana tempat tidur Rasulullah SAW? Beliau menjawab: Kain kasar yang aku lipat sebanyak dua lipatan kemudian Baginda tidur di atasnya dan pada suatu malam, pernah aku melipatnya sebanyak empat kali lipatan supaya lebih selesa baginya. Apabila masuk waktu pagi Rasulullah SAW bertanya: “Bagaimanakah kamu menyediakan tempat tidurku pada waktu malam tadi? Hafsah RA menjawab: Ia adalah tempat tidurmu melainkan aku telah melipatnya sebanyak empat kali lipatan supaya ia lebih selesa untukmu. Baginda berkata: ((Kembalikanlah ia pada asalnya kerana ia telah menghalangku daripada menunaikan solat malamku malam tadi.))
[Riwayat al-Tirmidhi dalam al-Shamail. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4223].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs