Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رَدُّوهُ لحالَتِهِ الأُولى؛ فإنه منعتني وطأته صلاتي الليلة.
Teks Bahasa Melayu
Kembalikanlah ia pada asalnya kerana ia telah menghalangku daripada menunaikan solat malamku malam tadi.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1625, hadis no. 8215. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada Jaafar Bin Muhammad, daripada bapanya, dia berkata: Aisyah RA pernah ditanya: Bagaimanakah tempat tidur Rasulullah SAW? Beliau menjawab: Daripada kulit yang berisi rumput kering. Ketika Hafsah RA ditanya: Bagaimana tempat tidur Rasulullah SAW? Beliau menjawab: Kain kasar yang aku lipat sebanyak dua lipatan kemudian Baginda tidur di atasnya dan pada suatu malam, pernah aku melipatnya sebanyak empat kali lipatan supaya lebih selesa baginya. Apabila masuk waktu pagi Rasulullah SAW bertanya: “Bagaimanakah kamu menyediakan tempat tidurku pada waktu malam tadi? Hafsah RA menjawab: Ia adalah tempat tidurmu melainkan aku telah melipatnya sebanyak empat kali lipatan supaya ia lebih selesa untukmu. Baginda berkata: ((Kembalikanlah ia pada asalnya kerana ia telah menghalangku daripada menunaikan solat malamku malam tadi.)) [Riwayat al-Tirmidhi dalam al-Shamail. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4223].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman