Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Tempat Baitullah telah musnah, lalu Hud dan Soleh tidak dapat melakukan haji

Teks Bahasa Arab

دُثِرَ مكانُ البيتِ، فلم يَحُجَّ هودٌ ولا صالحٌ؛ حتى بَوَّأَهُ اللهُ لإبراهيمَ.

Teks Bahasa Melayu

Tempat Baitullah telah musnah, lalu Hud dan Soleh tidak dapat melakukan haji, sehingga Allah menempatkannya bagi Ibrahim AS.” Urwah berkata: Aku berkata kepada Aisyah. Daripada Rasulullah SAW? Beliau berkata: Daripada Rasulullah SAW.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 750, hadis no. 3839. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عروة عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: «دثر مكان البيت، فلم يحج هود ولا صالح؛ حتى بوأه الله لإبراهيم». قال عروة: قلت لعائشة: عن رسول الله ﷺ؟ قالت: عن رسول الله. [الحربي في «المناسك»، «الضعيفة» (5446)].

(Terlalu Daif) Daripada Urwah daripada Aisyah RA berkata: “Tempat Baitullah telah musnah, lalu Hud dan Soleh tidak dapat melakukan haji, sehingga Allah menempatkannya bagi Ibrahim AS.” Urwah berkata: Aku berkata kepada Aisyah. Daripada Rasulullah SAW? Beliau berkata: Daripada Rasulullah SAW. [Riwayat al-Harbi dalam al-Manasik. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5446].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.