Tembok yang disebutkan oleh Allah dalam al-Quran

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن السور الذي ذكره الله في القرآن: {فضرب بينهم بسور له باب باطنه فيه الرحمة وظاهره من قبله العذاب}؛ هو السور الشرقي: (يعني: مسجد بيت المقدس)؛ باطنه المسجد، وظاهره وادي جهنم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tembok yang disebutkan oleh Allah dalam al-Quran: “Serta diletakkan di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa}. Ia merupakan tembok di sebelah timur (iaitu: Masjid Bait al-Maqdis). Di sebelah dalamnya ialah masjid, di sebelah luarnya ialah lembah dari neraka Jahanam.

STATUS

Mauquf batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 680, hadis nombor 3497. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موقوف باطل) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما-، قال: ((إن ‌السُّوْرَ ‌الذي ‌ذَكَرَهُ الله في القرآنِ: {فَضُرِبَ بَيْنَهُم بِسُورٍ لَّهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِن قِبَلِهِ الْعَذَابُ}؛ هو السور الشرقي: (يعني: مسجدَ بيتِ المقدس)؛ باطنُه المسجد، وظاهره وادي جهنم)). [ابن جرير، ك، ((الضعيفة)) (5663)]

(Mauquf lagi Batil) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA berkata: Rasulullah SAW berkata: Tembok yang disebutkan oleh Allah dalam al-Quran: “Serta diletakkan di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa}. Ia merupakan tembok di sebelah timur (iaitu: Masjid Bait al-Maqdis). Di sebelah dalamnya ialah masjid, di sebelah luarnya ialah lembah dari neraka Jahanam. [Riwayat Ibn Jarir al-Ṭabarī dalam Tafsīrnya, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5663]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.