Mauquf batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ السُّورَ الذي ذكرَه اللهُ في القرآنِ: {فَضُرِبَ بَيْنَهُمْ بِسُورٍ لَهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِنْ قِبَلِهِ الْعَذَابُ}؛ هو السورُ الشرقيُّ: (يعني: مسجدَ بيتِ المقدسِ)؛ باطنُه المسجدُ، وظاهرُه وادي جهنمَ.
Teks Bahasa Melayu
Tembok yang disebutkan oleh Allah dalam al-Quran: “Serta diletakkan di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa}. Ia merupakan tembok di sebelah timur (iaitu: Masjid Bait al-Maqdis). Di sebelah dalamnya ialah masjid, di sebelah luarnya ialah lembah dari neraka Jahanam.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Mauquf batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 680, hadis no. 3497. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موقوف باطل) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما-، قال: ((إن السُّوْرَ الذي ذَكَرَهُ الله في القرآنِ: {فَضُرِبَ بَيْنَهُم بِسُورٍ لَّهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِن قِبَلِهِ الْعَذَابُ}؛ هو السور الشرقي: (يعني: مسجدَ بيتِ المقدس)؛ باطنُه المسجد، وظاهره وادي جهنم)). [ابن جرير، ك، ((الضعيفة)) (5663)]
(Mauquf lagi Batil) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA berkata: Rasulullah SAW berkata: Tembok yang disebutkan oleh Allah dalam al-Quran: “Serta diletakkan di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa}. Ia merupakan tembok di sebelah timur (iaitu: Masjid Bait al-Maqdis). Di sebelah dalamnya ialah masjid, di sebelah luarnya ialah lembah dari neraka Jahanam. [Riwayat Ibn Jarir al-Ṭabarī dalam Tafsīrnya, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5663]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman