Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن السُّوْرَ الذي ذَكَرَهُ الله في القرآنِ: {فَضُرِبَ بَيْنَهُم بِسُورٍ لَّهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِن قِبَلِهِ الْعَذَابُ}؛ هو السور الشرقي: (يعني: مسجدَ بيتِ المقدس)؛ باطنُه المسجد، وظاهره وادي جهنم.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya tembok-tembok yang telah Allah sebutkan di dalam al-Quran, firman Allah SWT: Serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa. Itulah tembok Syarqi (iaitu masjid Baitul Maqdis), secara batinnya adalah masjid tetapi di zahirnya adalah lembah (neraka) jahanam.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1526, hadis no. 7760. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موقوف باطل) عن عبدالله بن عمرو - رضي الله عنهما-، قال: ((إن السور الذي ذكره الله في القرآن: {فضرب بينهم بسور له باب باطنه فيه الرحمة وظاهره من قبله العذاب}؛ هو السور الشرقي: (يعني: مسجد بيت المقدس)؛ باطنه المسجد، وظاهره وادي جهنم)). [ابن جرير، ك، ((الضعيفة)) (5663)].
(Mawquf Batil) Daripada 'Abdullah bin Amr RA, beliau berkata: Sesungguhnya tembok-tembok yang telah Allah sebutkan di dalam al-Quran, firman Allah SWT: Serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa. Itulah tembok Syarqi (iaitu masjid Baitul Maqdis), secara batinnya adalah masjid tetapi di zahirnya adalah lembah (neraka) jahanam. [Riwayat Ibn Jarir, al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5663].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman