Tembikai sebelum makan boleh benar-benar membersihkan perut

TEKS BAHASA ARAB

البِطِّيخُ قَبْلَ الطَّعامِ يَغْسِلُ البَطْنَ غَسْلاً ويُذْهِبُ بالدَّاءِ أصْلاً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tembikai sebelum makan boleh benar-benar membersihkan perut, menghilangkan terus penyakit.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 26, hadis nombor 121. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Jika begitu pun, mengapa anda memasukkan hadith tidak sahih dalam kitab yang anda jaga (daripada hadith tidak sahih). Hadith tersebut turut dikeluarkan oleh al-Zahabi di bawah biografi Ya'qub bin 'Abdul Jabbar, juga dalam hadith tersebut al-Zuhri ketika menceritakan hadith tersebut kepada 'Abdul Malik bin Marwan, 'Abdul Malik memerintahkan kepadanya untuk dibayar dengan 100 ribu dirham, ini juga dusta. Al-Zuhri tidak mendengar pun hadith batil ini dan tidak meriwayatkannya pun. Hadith tersebut tidak menyamai 1 dirham pun, apalagi 100 ribu dirham.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs