Makanlah bersama tetamu kamu. Sesungguhnya tetamu malu bila makan bersendirian

TEKS BAHASA ARAB

واكلي ضيفك، فإن الضيف يستحي أن يأكل وحده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Makanlah bersama tetamu kamu.  Sesungguhnya tetamu malu bila makan secara bersendirian.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 229, hadis nombor 1213. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن ثوبان – رضي الله عنه -، قال: أنه جاء النبي ﷺ، فقدم له طعاماً، فقال النبي ﷺ لعائشة: «واكلي ضيفك، فإن الضيف يستحي أن يأكل وحده». [الطبراني في «مسند الشاميين»، «الضعيفة» (5546)].

(Munkar) Daripada Thawban RA, beliau berkata: bahawa beliau datang kepada Nabi ﷺ lalu baginda menghidangkan makanan kepadanya. Kemudian Nabi ﷺ bersabda kepada ‘Aishah RA: “Makanlah bersama tetamu kamu.  Sesungguhnya tetamu malu bila makan secara bersendirian”. [Riwayat al-Tabarani dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 5546].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.