Telanjangkanlah wanita pasti mereka akan sentiasa berada di kamar

TEKS BAHASA ARAB

أعروا النساء يلزمن الحجال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Telanjangkanlah wanita, pasti mereka akan sentiasa berada di kamar.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 930, hadis nombor 4785. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن مسلمة بن مخلد مرفوعا: ((أعروا النساء يلزمن الحجال)).
[الأصم في ((حديثه))، خط، ابن جميع في ((معجم الشيوخ))، طب، ابن منده، ابن الأعرابي، القضاعي، السلفي في ((الطيوريات))، ابن عساكر، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (2827)].

(Sangat Lemah)
Diriwayatkan daripada Maslamah bin Mukhallad secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Telanjangkanlah wanita, pasti mereka akan sentiasa berada di kamar.
[Riwayat al-A’sam dalam hadisnya, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn Jami’ dalam Mu’jam al-Shuyukh, al- Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn Mandah, Ibnul ‘Arabi, al Quda’i, al-Salfi dalam al-Tuyuriyyat, Ibn Asakir, dan al-Dhiya’ dalam al-Muntaqa Min Masmua’tih Bi Marwi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2827].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.