Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Telanjangkanlah wanita pasti mereka akan sentiasa berada di kamar

Teks Bahasa Arab

أعْرُوا النِّسَاءَ يَلزَمْنَ الحِجَالَ.

Teks Bahasa Melayu

Telanjangkanlah wanita, pasti mereka akan sentiasa berada di kamar.

Sahabat Perawi

  1. Maslamah bin Mukhallad

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 930, hadis no. 4785. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن مسلمة بن مخلد مرفوعا: أعروا النساء يلزمن الحجال. [الأصم في حديثه، خط، ابن جميع في معجم الشيوخ، طب، ابن منده، ابن الأعرابي، القضاعي، السلفي في الطيوريات، ابن عساكر، الضياء في المنتقى من مسموعاته بمرو، الضعيفة (2827)].

(Sangat Lemah) Diriwayatkan daripada Maslamah bin Mukhallad secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Telanjangkanlah wanita, pasti mereka akan sentiasa berada di kamar. [Riwayat al-A’sam dalam hadisnya, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn Jami’ dalam Mu’jam al-Shuyukh, al- Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn Mandah, Ibnul ‘Arabi, al Quda’i, al-Salfi dalam al-Tuyuriyyat, Ibn Asakir, dan al-Dhiya’ dalam al-Muntaqa Min Masmua’tih Bi Marwi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2827].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.