Telanjangkanlah wanita, maka mereka akan duduk diam di rumah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أعروا النساء يلزمن الحجال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Telanjangkanlah wanita, maka mereka akan duduk diam di rumah.

STATUS

Tiada asal baginya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 129. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«أَعْرُوا النِّسَاءَ يَلْزَمْنَ الْحِجَالَ» لَا أصل لَهُ.
الصغاني «أعروا النِّسَاء يلزمن» إِلَخ. مَوْضُوع، وَفِي الْوَجِيز فِي حَدِيث «أعروا» شُعَيْب بن يحيى لَيْسَ بِمَعْرُوف. قلت عرفه غَيره وَصدقه.

“Telanjangkanlah wanita, pasti mereka akan duduk diam di rumah.” Hadith ini tiada asalnya.
Al-Saghani menyebut:
“Telanjangkanlah wanita maka mereka akan duduk diam…hingga akhir hadith”
Al-Saghani menyatakan bahawa hadith ini adalah hadith palsu. Dalam kitab Al-Wajiz menyebut : Hadith ‘telanjangkanlah’ ada perawi bernama Syu’aib Bin Yahya. Beliau tidak dikenali. Saya katakan : Beliau adalah perawi yang dikenali oleh orang lain dan menilai beliau sebagai saduq.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.