Tiada Asal Baginya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَعْرُوا النِّسَاءَ يَلْزَمْنَ الْحِجَالَ.
Teks Bahasa Melayu
Telanjangkanlah wanita, maka mereka akan duduk diam di rumah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Tiada Asal Baginya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 129. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
“Telanjangkanlah wanita, pasti mereka akan duduk diam di rumah.” Hadith ini tiada asalnya. al-Saghani menyebut: “Telanjangkanlah wanita maka mereka akan duduk diam…hingga akhir hadith” al-Saghani menyatakan bahawa hadith ini adalah hadith palsu. Dalam kitab al-Wajiz menyebut: Hadith ‘telanjangkanlah’ ada perawi bernama Syu’aib Bin Yahya. Beliau tidak dikenali. Saya katakan: Beliau adalah perawi yang dikenali oleh orang lain dan menilai beliau sebagai saduq.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman