Telah turun surah al-An‘ām dan bersamanya sejumlah malaikat yang menutupi dua ufuk

TEKS BAHASA ARAB

نزلت سورة الأنعام ومعها كوكب من الملائكة سد ما بين الخافقين، لهم زجل بالتسبيح والتقديس، والأرض بهم ترتج، ورسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: "سبحان الله العظيم، سبحان الله العظيم!".

TEKS BAHASA MALAYSIA

Telah turun surah al-An‘ām dan bersamanya sejumlah malaikat yang menutupi dua ufuk, dari mereka (kedengaran) suara pujian dan pengagungan serta bumi bergegar disebabkan mereka. Rasulullah SAW berkata: Maha Suci Allah Yang Maha Mulia, Maha Suci Allah Yang Maha Mulia.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1542, hadis nombor 7832. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((نزلت سورة الأنعام ومعها كوكب من الملائكة سد ما بين الخافقين، لهم زجل بالتسبيح والتقديس، والأرض بهم ترتج، ورسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: "سبحان الله العظيم، سبحان الله العظيم!")). [طس، الإسماعيلي، ابن مردويه، ((الضعيفة)) (5627)]

(Munkar)
Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Telah turun surah al-An‘ām dan bersamanya sejumlah malaikat yang menutupi dua ufuk, dari mereka (kedengaran) suara pujian dan pengagungan serta bumi bergegar disebabkan mereka. Rasulullah SAW berkata: Maha Suci Allah Yang Maha Mulia, Maha Suci Allah Yang Maha Mulia.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Ismā‘īlī dalam al-Mu‘jam, Ibn Mardawaih. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5627]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs