TEKS BAHASA ARAB
نزلت هذه الآية: {يا أيها الرسول بلغ ما أنزل إليك من ربك وإن لم تفعل فما بلغت رسالته}، يوم غدير ( خم ) في علي بن أبي طالب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Telah turun ayat ini: “Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu." [al-Maidah: 67], pada hari Ghadir Khum untuk Ali bin Abi Talib.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1497, hadis nombor 7635. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي سعيد الخدري قال: نزلت هذه الآية: "يا أيها الرسول بلغ ما أنزل إليك من ربك"، يوم غدير (خم) في علي بن أبي طالب. [الواحدي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4922)]
(Palsu) Daripada Abi Said al-Khudri RA, beliau berkata: Telah turun ayat ini: “Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu." [al-Maidah: 67], pada hari Ghadir Khum untuk Ali bin Abi Talib. [Riwayat al-Wahidi dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4922]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.