Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نزلت هذه الآية {ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُم بِٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ سِرّٗا وَعَلَانِيَةٗ } في علي بن أبي طالب رضي الله عنه. لم يكن يملك غير أربعة دراهم، فتصدق بدرهم ليلاً، وبدرهم نهاراً، وبدرهم سراً، وبدرهم علانية، فقال له رسول الله صل الله عليه وسلم: ((ما حملك على هذا؟)) قال: حملني أن أستوجب على الله الذي وعدني، فقال له رسول الله صل الله عليه وسلم: ((ألا إنّ ذلك لك)).
Teks Bahasa Melayu
Telah turun ayat ini: "{Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka}," pada 'Ali bin Abu Talib. Dia tidak memiliki apa-apa kecuali empat dirham. Dia bersedekah satu dirham pada waktu malam, satu dirham pada waktu siang, satu dirham secara terangan dan satu dirham secara sembunyi. Rasulullah SAW bertanya kepadanya: “Apa yang membuat kau lakukan perkara ini?” ‘Ali menjawab: “yang membuat aku lakukannya ialah aku ingin agar Allah tunaikan apa yang Dia janjikan untukku.” Baginda menjawab: “Benar-benar itu untuk engkau.”
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1874, hadis no. 9442. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) قال الكلبي: نزلت هذه الآية {ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُم بِٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ سِرّٗا وَعَلَانِيَةٗ } في علي بن أبي طالب رضي الله عنه لم يكن يملك غير أربعة دراهم، فتصدق بدرهم ليلاً، وبدرهم نهاراً، وبدرهم سراً، وبدرهم علانية، فقال له رسول الله صل الله عليه وسلم: ((ما حملك على هذا؟)) قال: حملني أن أستوجب على الله الذي وعدني، فقال له رسول الله صل الله عليه وسلم: ((ألا إنّ ذلك لك)). [علقه الواحدي في ((أسباب النزول))، ((الضعيفة)) (4981)]
(Palsu) Kata al-Kalbi: Telah turun ayat ini: "{Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka}," pada 'Ali bin Abu Talib. Dia tidak memiliki apa-apa kecuali empat dirham. Dia bersedekah satu dirham pada waktu malam, satu dirham pada waktu siang, satu dirham secara terangan dan satu dirham secara sembunyi. Rasulullah SAW bertanya kepadanya: “Apa yang membuat kau lakukan perkara ini?” ‘Ali menjawab: “yang membuat aku lakukannya ialah aku ingin agar Allah tunaikan apa yang Dia janjikan untukku.” Baginda menjawab: “Benar-benar itu untuk engkau.” [Riwayat al-Wahidi dalam Asbab al-Nuzul. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4981]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman