Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Telah turun ayat berkenaan Ali sebanyak 300 ayat

Teks Bahasa Arab

حديث: أنها نزلت في علي ثلاثمائة آيَةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: telah turun ayat berkenaan Ali sebanyak 300 ayat (al-Quran).

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 376, hadis no. 78. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن ابن عباس من قوله: وفي إسناده: سلام بن سليمان الثقفي، وجويبر، وهما متروكان، والضحاك، وهو ضعيف، وقال ابن الجوزي: موضوع. قال في اللآلىء: سلام يروي له ابن ماجة.

Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi daripada Ibn Abbas dari kata-katanya. Pada sanadnya terdapat Salam bin Sulaiman al-Thaqafi dan Juwaibir. Kedua-duanya adalah matruk (ditinggalkan riwayatnya). Al-Dhahhak pula adalah dhaif. Ibn al-Jauzi berkata: Palsu. Dia berkata dalam al-Laali': Riwayat Salam diriwayatkan oleh Ibn Majah.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.