Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ بَينَ أَبِي طلحة وَبَينَ أم سليم كلام، فَأَرَاد أَبُو طَلحةَ أَن يطلقَ أُم سليمٍ، فَبلغ ذَلِكَ النبيُّ - صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ - فَقَالَ: إنَّ طلاقَ أم سليمٍ لَحَوْبٌ.
Teks Bahasa Melayu
Telah terjadinya pertelingkahan antara Abu Talhah dan Ummu Sulaim. Maka Abu Talhah mahu menceraikan Ummu Sulaim. Maka khabar itu telah sampai kepada Rasulullah SAW lantas baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya menceraikan Ummu Sulaim itu ialah dosa”.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 970, hadis no. 5005. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه -، قال: كان بين أبي طلحة وبين أم سليم كلام، فأراد أبو طلحة أن يطلق أم سليم، فبلغ ذلك النبي صلى الله عليه وسلم، فقال: ((إن طلاق أم سليم لحوب)). [ك، هق، البزار، ((الضعيفة)) (6606)].
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Telah terjadinya pertelingkahan antara Abu Talhah dan Ummu Sulaim. Maka Abu Talhah mahu menceraikan Ummu Sulaim. Maka khabar itu telah sampai kepada Rasulullah SAW lantas baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya menceraikan Ummu Sulaim itu ialah dosa”. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, al-Bazzar dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6606].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman