Telah terbit bulan purnama

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لما قدم المدينة جعل النساء والصبيان والولائد ‌يقلن: طلع البدر علينا من ثنيات الوداع، وجب الشكر علينا ما دعا لله داع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah, para wanita dan kanak-kanak berkata: Telah terbit bulan purnama daripada kawasan Thaniyyat al-Wada’. Wajiblah kita bersyukur selagi mana ada orang yang menyeru kepada Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 979, hadis nombor 5045. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن محمد بن عائشة، قال: ‌((لما قدم المدينة جعل النساء والصبيان والولائد ‌يقلن: طلع البدر علينا من ثنيات الوداع، وجب الشكر علينا ما دعا لله داع)). [الخلعي في ((الفوائد))، هق، ((الضعيفة)) (598)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Muhammad bin Aisyah, berkata: “Apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah, para wanita dan kanak-kanak berkata: Telah terbit bulan purnama daripada kawasan Thaniyyat al-Wada’. Wajiblah kita bersyukur selagi mana ada orang yang menyeru kepada Allah.” [Riwayat al-Khila'i dalam al-Fawaid dan al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 598]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.