Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Telah sampai berita kepadaku bahawa Ibn Mas’ud melintasi satu pesta yang melalaikan

Teks Bahasa Arab

لقد أصبح ابنُ مسعودٍ وأَمْسَى كريمًا.

Teks Bahasa Melayu

Telah sampai berita kepadaku bahawa Ibn Mas’ud melintasi satu pesta yang melalaikan dan dia tidak pun menghentikan langkahnya. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Ibn Mas’ud telah berpagi dan berpetang dalam keadaan yang mulia."

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1793, hadis no. 9039. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن إبراهيم بن ميسرة، قال: بلغني أن ابن مسعود مر بلهو معرضا، فلم يقف، قال رسول الله ﷺ: لقد أصبح ابن مسعود وأمسى كريما. [ابن أبي حاتم، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1167)]

(Lemah) Daripada Ibrahim bin Maisarah berkata: Telah sampai berita kepadaku bahawa Ibn Mas’ud melintasi satu pesta yang melalaikan dan dia tidak pun menghentikan langkahnya. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Ibn Mas’ud telah berpagi dan berpetang dalam keadaan yang mulia." [Riwayat Ibn Abi Hatim dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1167]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.