Telah sampai berita kepada kami bahawa Rasulullah SAW, apabila ditimpa oleh kesedihan atau kedukaan, Baginda mengucapkan: Cukuplah bagiku Tuhan

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا أصابه كرب أو غم يقول: ((حسبي الرب من العباد، حسبي الخالق من المخلوقين، حسبي الرزاق من المرزوقين، حسبي الذي هو حسبي، حسبي الله ونعم الوكيل، حسبي الله لا إله إلا هو، عليه توكلت وهو رب العرش العظيم)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Telah sampai berita kepada kami bahawa Rasulullah SAW, apabila ditimpa oleh kesedihan atau kedukaan, Baginda mengucapkan: Cukuplah bagiku Tuhan berbanding hamba, cukuplah bagiku Pencipta berbanding makhluk, cukuplah bagiku Pemberi rezeki berbanding yang diberikan rezeki, cukuplah Dia Tuhan mencukupi untukku, cukuplah Allah bagiku, sebaik-baik penolong. Cukuplah Allah bagiku, Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Dia, kepada-Nyalah aku bertawakal dan Dia lah Tuhan kepada ‘Arash yang agung.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1478, hadis nombor 7536. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن فقيه أهل الأردن، قال: بلغنا أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: كان إذا أصابه كرب أو غم يقول: ((حسبي الرب من العباد، حسبي الخالق من المخلوقين، حسبي الرزاق من المرزوقين، حسبي الذي هو حسبي، حسبي الله ونعم الوكيل، حسبي الله لا إله إلا هو، عليه توكلت وهو رب العرش العظيم)). [ابن أبي الدنيا في ((الفرج بعد الشدة))، ((الضعيفة))، (4173)]

(Lemah)
Daripada seorang faqih penduduk Jordan, beliau berkata: Telah sampai berita kepada kami bahawa Rasulullah SAW, apabila ditimpa oleh kesedihan atau kedukaan, Baginda mengucapkan: Cukuplah bagiku Tuhan berbanding hamba, cukuplah bagiku Pencipta berbanding makhluk, cukuplah bagiku Pemberi rezeki berbanding yang diberikan rezeki, cukuplah Dia Tuhan mencukupi untukku, cukuplah Allah bagiku, sebaik-baik penolong. Cukuplah Allah bagiku, Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Dia, kepada-Nyalah aku bertawakal dan Dia lah Tuhan kepada ‘Arash yang agung.
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Faraj Ba’d al-Shiddah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4173]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs