Telah mendahului golongan yang bersendirian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سبق المفردون، قالوا: وما المفردون يا رسول الله ؟ قال: المستهترون في ذكر الله، يضع الذكر عنهم أثقالهم فيأتون يوم القيامة خفافا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Telah mendahului golongan yang bersendirian. Mereka berkata: Siapakah golongan yang bersendirian itu, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Itulah golongan yang mudah dalam berzikir mengingati Allah, zikir telah menggugurkan bebanan (dosa) mereka, dan mereka di hari kiamat dalam keadaan ringan (daripada bebanan dosa).

STATUS

Sangat Munkar dengan tetap

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1999, hadis nombor 10022. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا بهذا التام)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه – مرفوعاً: سبق المفردون، قالوا: وما المفردون يا رسول الله؟ قال: المستهترون في ذكر الله، يضع الذكر عنهم أثقالهم، فيأثون يوم القيامة خفافاً.
[ت، هب، ((الضعيفة)) (2016)]

(Munkar jiddan dengan lafaz yang sempurna ini)
Daripada Abu Hurairah RA. -diriwayat secara marfu’-: Telah mendahului golongan yang bersendirian. Mereka berkata: Siapakah golongan yang bersendirian itu, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Itulah golongan yang mudah dalam berzikir mengingati Allah, zikir telah menggugurkan bebanan (dosa) mereka, dan mereka di hari kiamat dalam keadaan ringan (daripada bebanan dosa).
[Riwayat al-Tirmidhi dalam Sunannya dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2016]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.