Telah kufur sepuluh golongan daripada umat ini kepada Allah Yang Maha Agung Azzawajalla

TEKS BAHASA ARAB

كفر بالله العظيم جل وعز عشرة من هذه الأمة: الغال، والساحر، والديوث، وناكح المرأة في دبرها، وشارب الخمر، ومانع الزكاة، ومن وجد سعة ومات ولم يحج، والساعي في الفتن، وبائع السلاح أهل الحرب، ومن نكح ذات محرم منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Telah kufur sepuluh golongan daripada umat ini kepada Allah Yang Maha Agung Azzawajalla: Orang yang melampau, tukang sihir, lelaki dayus, orang yang menyetubuhi isteri pada duburnya, peminum arak, orang yang tidak membayar zakat, orang yang memperoleh kekayaan lalu mati dalam keadaan tidak menunaikan haji, orang yang menyebarkan kekacauan, penjual senjata kepada musuh dan seseorang yang menikahi mahramnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 461, hadis nombor 2473. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن البراء بن عازب – رضي الله عنه – مرفوعا: «كفر بالله العظيم جل وعز عشرة من هذه الأمة: الغال، والساحر، والديوث، وناكح المرأة في دبرها، وشارب الخمر، ومانع الزكاة، ومن وجد سعة ومات ولم يحج، والساعي في الفتن، وبائع السلاح أهل الحرب، ومن نكح ذات محرم منه». [ابن عساكر، «الضعيفة» (2005)].

(Palsu) Daripada al-Barā’ bin ‘Āzib RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Telah kufur sepuluh golongan daripada umat ini kepada Allah Yang Maha Agung Azzawajalla: Orang yang melampau, tukang sihir, lelaki dayus, orang yang menyetubuhi isteri pada duburnya, peminum arak, orang yang tidak membayar zakat, orang yang memperoleh kekayaan lalu mati dalam keadaan tidak menunaikan haji, orang yang menyebarkan kekacauan, penjual senjata kepada musuh dan seseorang yang menikahi mahramnya". [Riwayat Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2005].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs