Telah disampaikan kepadaku bahawa Rasulullah SAW mendirikan solat yang dibaca padanya secara kuat (Jahr)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

بلغني أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – صلى صلاة جهر فيها بالقراءة، فلما فرغ من صلاته قال: "يا فلان! هل أسقطت من هذه السورة شيئاً؟ " قال: لا أدري يا رسول الله! قال: فسأل آخر؟ فقال: لا أدري يا رسول الله! قال: "هل فيكم أبي؟ ". قالوا: نعم يا رسول الله! قال: "يا أبي! هل أسقطت من هذه السورة من شيء؟ ". قال: نعم يا رسول الله! آية كذا وكذا. فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ما بال أقوام يتلى عليهم كتاب الله؛ فلا يدرون ما يتلى مما ترك؟! هكذا خرجت عظمة الله من قلوب بني إسرائيل؛ فشهدت أبدانهم، وغابت قلوبهم، ولا يقبل الله من عبد عملاً حتى يشهد بقلبه مع بدنه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Telah disampaikan kepadaku bahawa Rasulullah SAW mendirikan solat yang bacaannya dibaca secara kuat (Jahr), lalu apabila Baginda selesai solat, Baginda bersabda: “Wahai fulan! Adakah aku tertinggal sesuatu dari surah ini?” Dia menjawab: Aku tidak tahu, wahai Rasulullah. Maka Baginda bertanya pula pada yang lain. Lalu mereka menjawab: Aku tidak tahu wahai Rasulullah! Baginda berkata: “Adakah Ubay berada di antara kamu?” Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah! Lalu Baginda berkata: “Wahai Ubay! Adakah aku tertinggal sesuatu daripada surah ini?” Ubay menjawab: Ya, wahai Rasulullah! Ayat demikian dan demikian. Lalu Rasulullah SAW berkata: ((Bagaimanakah halnya kaum-kaum yang apabila dibacakan kepada mereka kitab Allah lalu mereka tidak mengetahui apa yang tertinggal sewaktu dibaca?! Beginilah keluarnya keagungan Allah daripada hati-hati Bani Israel. Badan-badan mereka telah bersaksi (hadir bersolat) namun hati-hati mereka tidak hadir (tidak khusyuk). Dan Allah tidak akan menerima sesuatu amalan dari seorang hamba itu sehinggalah hatinya turut bersaksi bersama badannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1511, hadis nombor 7689. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عثمان بن أبي دهرش قال: بلغني أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – صلى صلاة جهر فيها بالقراءة، فلما فرغ من صلاته قال: "يا فلان! هل أسقطت من هذه السورة شيئاً؟ " قال: لا أدري يا رسول الله! قال: فسأل آخر؟ فقال: لا أدري يا رسول الله! قال: "هل فيكم أبي؟ ". قالوا: نعم يا رسول الله! قال: "يا أبي! هل أسقطت من هذه السورة من شيء؟ ". قال: نعم يا رسول الله! آية كذا وكذا. فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ما بال أقوام يتلى عليهم كتاب الله؛ فلا يدرون ما يتلى مما ترك؟! هكذا خرجت عظمة الله من قلوب بني إسرائيل؛ فشهدت أبدانهم، وغابت قلوبهم، ولا يقبل الله من عبد عملاً حتى يشهد بقلبه مع بدنه.)) [ابن نصر في ((كتاب الصلاة))، ((الضعيفة)) (5050)].

(Lemah)
Daripada Uthman Bin Abi Dahrash, beliau berkata: Telah disampaikan kepadaku bahawa Rasulullah SAW mendirikan solat yang bacaannya dibaca secara kuat (Jahr), lalu apabila Baginda selesai solat, Baginda bersabda: “Wahai fulan! Adakah aku tertinggal sesuatu dari surah ini?” Dia menjawab: Aku tidak tahu, wahai Rasulullah. Maka Baginda bertanya pula pada yang lain. Lalu mereka menjawab: Aku tidak tahu wahai Rasulullah! Baginda berkata: “Adakah Ubay berada di antara kamu?” Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah! Lalu Baginda berkata: “Wahai Ubay! Adakah aku tertinggal sesuatu daripada surah ini?” Ubay menjawab: Ya, wahai Rasulullah! Ayat demikian dan demikian. Lalu Rasulullah SAW berkata: ((Bagaimanakah halnya kaum-kaum yang apabila dibacakan kepada mereka kitab Allah lalu mereka tidak mengetahui apa yang tertinggal sewaktu dibaca?! Beginilah keluarnya keagungan Allah daripada hati-hati Bani Israel. Badan-badan mereka telah bersaksi (hadir bersolat) namun hati-hati mereka tidak hadir (tidak khusyuk). Dan Allah tidak akan menerima sesuatu amalan dari seorang hamba itu sehinggalah hatinya turut bersaksi bersama badannya.))
[Riwayat Ibnu Nasr dalam Kitab al-Solah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5050].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.