Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
بَلَغَنِي أَنَّ رَسُولَ اللهِ - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - صَلَّى صَلَاةً جَهَرَ فِيهَا بِالْقِرَاءَةِ، فَلَمَّا فَرَغَ مِنْ صَلَاتِهِ قَالَ: "يَا فُلَانُ! هَلْ أَسْقَطْتُ مِنْ هَذِهِ السُّورَةِ شَيْئاً؟ " قَالَ: لَا أَدْرِي يَا رَسُولَ اللهِ! قَالَ: فَسَأَلَ آخَرَ؟ فَقَالَ: لَا أَدْرِي يَا رَسُولَ اللهِ! قَالَ: "هَلْ فِيكُمْ أُبَيُّ؟ ". قَالُوا: نَعَمْ يَا رَسُولَ اللهِ! قَالَ: "يَا أُبَيُّ! هَلْ أَسْقَطْتُ مِنْ هَذِهِ السُّورَةِ مِنْ شَيْءٍ؟ ". قَالَ: نَعَمْ يَا رَسُولَ اللهِ! آيَةَ كَذَا وَكَذَا. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: مَا بَالُ أَقْوَامٍ يُتْلَى عَلَيْهِمْ كِتَابُ اللهِ؛ فَلَا يَدْرُونَ مَا يُتْلَى مِمَّا تُرِكَ؟! هَكَذَا خَرَجَتْ عَظَمَةُ اللهِ مِنْ قُلُوبِ بَنِي إِسْرَائِيلَ؛ فَشَهِدَتْ أَبْدَانُهُمْ، وَغَابَتْ قُلُوبُهُمْ، وَلَا يَقْبَلُ اللهُ مِنْ عَبْدٍ عَمَلاً حَتَّى يَشْهَدَ بِقَلْبِهِ مَعَ بَدَنِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Telah disampaikan kepadaku bahawa Rasulullah SAW mendirikan solat yang bacaannya dibaca secara kuat (Jahr), lalu apabila Baginda selesai solat, Baginda bersabda: “Wahai fulan! Adakah aku tertinggal sesuatu dari surah ini?” Dia menjawab: Aku tidak tahu, wahai Rasulullah. Maka Baginda bertanya pula pada yang lain. Lalu mereka menjawab: Aku tidak tahu wahai Rasulullah! Baginda berkata: “Adakah Ubay berada di antara kamu?” Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah! Lalu Baginda berkata: “Wahai Ubay! Adakah aku tertinggal sesuatu daripada surah ini?” Ubay menjawab: Ya, wahai Rasulullah! Ayat demikian dan demikian. Lalu Rasulullah SAW berkata: ((Bagaimanakah halnya kaum-kaum yang apabila dibacakan kepada mereka kitab Allah lalu mereka tidak mengetahui apa yang tertinggal sewaktu dibaca?! Beginilah keluarnya keagungan Allah daripada hati-hati Bani Israel. Badan-badan mereka telah bersaksi (hadir bersolat) namun hati-hati mereka tidak hadir (tidak khusyuk). Dan Allah tidak akan menerima sesuatu amalan dari seorang hamba itu sehinggalah hatinya turut bersaksi bersama badannya.
Sahabat Perawi
- Uthman Bin Abi Dahrash
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1511, hadis no. 7689. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عثمان بن أبي دهرش قال: بلغني أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - صلى صلاة جهر فيها بالقراءة، فلما فرغ من صلاته قال: "يا فلان! هل أسقطت من هذه السورة شيئاً؟ " قال: لا أدري يا رسول الله! قال: فسأل آخر؟ فقال: لا أدري يا رسول الله! قال: "هل فيكم أبي؟ ". قالوا: نعم يا رسول الله! قال: "يا أبي! هل أسقطت من هذه السورة من شيء؟ ". قال: نعم يا رسول الله! آية كذا وكذا. فقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((ما بال أقوام يتلى عليهم كتاب الله؛ فلا يدرون ما يتلى مما ترك؟! هكذا خرجت عظمة الله من قلوب بني إسرائيل؛ فشهدت أبدانهم، وغابت قلوبهم، ولا يقبل الله من عبد عملاً حتى يشهد بقلبه مع بدنه.)) [ابن نصر في ((كتاب الصلاة))، ((الضعيفة)) (5050)].
(Lemah) Daripada Uthman Bin Abi Dahrash, beliau berkata: Telah disampaikan kepadaku bahawa Rasulullah SAW mendirikan solat yang bacaannya dibaca secara kuat (Jahr), lalu apabila Baginda selesai solat, Baginda bersabda: “Wahai fulan! Adakah aku tertinggal sesuatu dari surah ini?” Dia menjawab: Aku tidak tahu, wahai Rasulullah. Maka Baginda bertanya pula pada yang lain. Lalu mereka menjawab: Aku tidak tahu wahai Rasulullah! Baginda berkata: “Adakah Ubay berada di antara kamu?” Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah! Lalu Baginda berkata: “Wahai Ubay! Adakah aku tertinggal sesuatu daripada surah ini?” Ubay menjawab: Ya, wahai Rasulullah! Ayat demikian dan demikian. Lalu Rasulullah SAW berkata: ((Bagaimanakah halnya kaum-kaum yang apabila dibacakan kepada mereka kitab Allah lalu mereka tidak mengetahui apa yang tertinggal sewaktu dibaca?! Beginilah keluarnya keagungan Allah daripada hati-hati Bani Israel. Badan-badan mereka telah bersaksi (hadir bersolat) namun hati-hati mereka tidak hadir (tidak khusyuk). Dan Allah tidak akan menerima sesuatu amalan dari seorang hamba itu sehinggalah hatinya turut bersaksi bersama badannya.)) [Riwayat Ibnu Nasr dalam Kitab al-Solah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5050].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman